fbpx

Malaysia mampu jadi negara berpendapatan tinggi seawal 2026 – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia berpotensi mencapai negara berpendapatan tinggi seawal 2026 jika pertumbuhan ekonomi tahunan negara kekal sekitar empat hingga lima peratus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jika pertumbuhan berkembang lebih bagus iaitu melepasi lima peratus setahun, maka Malaysia boleh mencapai status itu dalam hanya dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata, bagi mencapai status itu, negara perlu bergantung kepada dua perkara iaitu pertumbuhan ekonomi dan faktor kadar tukaran wang asing.

“Faktor tukaran asing juga penting memandangkan paras negara berpendapatan tinggi adalah dalam dolar iaitu AS$15,200 dan jika mata wang Ringgit lebih kukuh, sudah tentu lebih awal boleh capai.

“Jika terus begini (ekonomi berkembang empat hingga lima peratus), Malaysia akan capai negara berpendapatan tinggi pada penggal ini (Kerajaan Perpaduan),” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas prestasi tahunan ekonomi 2022, Rafizi berkata, negara merekodkan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan sebanyak 8.7 peratus pada 2022.

Kata beliau, kerajaan akan memberi tumpuan kepada dua fokus utama tahun ini iaitu menangani kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan rakyat.

“Kami akan melancarkan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pada 26 Februari ini bertujuan menambah pendapatan rakyat. Sasaran pertama IPR adalah golongan miskin tegar dan keluarga B40 di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI