fbpx

Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik kenderaan itu berada di kedai gunting rambut ketika keretanya dirosakkan. - george_gve/Instagram

LONDON – Seorang pengedar kereta mewah di Britain terkejut apabila mendapati seorang lelaki memijak kereta McLaren miliknya yang berharga £225,000 (RM1.2 juta), lapor akhbar Daily Star semalam.

George Gehdu, memuat naik sebuah klip video memaparkan situasi seorang pejalan kaki memijak cermin hadapan kereta jenama McLaren Spider berwarna jingga yang diparkir di tepi jalan di Uxbridge, barat London.

Semasa dia berada di kedai gunting rambut, orang yang tidak dikenali itu melompat ke atas bumbung keretanya dan bergerak-gerak sebelum menghentak bahagian belakang.

Lelaki itu kemudian melompat ke atas jalan dan berlalu pergi sambil diperhatikan beberapa pejalan kaki yang terkejut.

Gehdu berasa kecewa setelah melihat kerosakan pada keretanya tetapi polis tiba tidak lama kemudian lalu memberkas lelaki itu di tempat kejadian.

“Saya tidak berkorban dan bekerja keras hanya untuk beberapa orang yang cemburu mahu merosakkannya,” kata Gehdu. 

Gehdu  berharap untuk berkongsi rakaman itu sebagai peringatan kepada pemilik kereta super lain supaya berhati-hati terhadap orang yang ‘tidak mahu sesiapa memiliki sesuatu yang bagus’. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI