fbpx

Lelaki kantoi seludup diesel guna tangki diubah suai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangki diubai suai yang digunakan suspek untuk menyeludup diesel menggunakan sebuah van.

MIRI – Kegiatan seorang lelaki menyeludup 600 liter diesel menggunakan tangki yang diubah suai di dalam sebuah van terbongkar apabila ditahan di tepi jalan pasar Lutong di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata suspek berusia 34 tahun dicekup oleh empat anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri semasa menjalankan Op Kontraban kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

“Semasa pemeriksaan, suspek telah gagal mengemukakan sebarang dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,290 dan turut dirampas van yang digunakan suspek termasuk tangki yang sudah diubah suai untuk mengisi diesel serta dua unit pam minyak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDN Miri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI