fbpx

Lelaki ditikam pesakit mental Hospital Selayang, dilaporkan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Sha’ari Ngadiman menzahirkan rasa dukacita susulan insiden lelaki ditikam oleh seorang pesakit mental di Hospital Selayang, petang semalam.

Menurutnya, insiden melibatkan mangsa yang menghidap demam denggi itu berlaku terlalu pantas dan jururawat serta pegawai perubatan yang berada di Jabatan berkenaan telah mengambil tindakan segera.

“Lelaki yang merupakan pesakit mental telah diserahkan kepada pihak polis dan dirawat sewajarnya.

“Seterusnya, mangsa yang ditikam diberikan rawatan kecemasan dan selanjutnya telah menjalani pembedahan dengan kadar segera,” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan stabil selepas pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi di Hospital Selayang.

Katanya, laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bergegas ke Hospital Selayang pagi ini susulan kejadian seorang lelaki cedera ditikam seorang pesakit mental semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang menghidap demam denggi pergi ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang pesakit mental terbabit.

Dalam pada itu, media melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan serta klinik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI