fbpx

Lelaki disamun selepas keluar bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang terbaring selepas disamun di hadapan Bank Ambank di Jalan Beserah Kuantan semalam.

KUANTAN – Satu video tular di media sosial berdurasi dua minit 51 saat memaparkan seorang lelaki terbaring di atas jalan berhadapan Bank Ambank Jalan Beserah di sini dipercayai selepas disamun.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis menerima aduan orang awam berhubung insiden itu pada pukul 2.40 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati pada kira-kira pukul 2.15 petang semalam, mangsa yang berumur 41 tahun telah disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan bangunan Ambank, Jalan Beserah.

“Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah terjatuh hingga terbaring atas jalan dan suspek melarikan wang yang baru dikeluarkan oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Menurutnya akibat daripada kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kerugian kira-kira RM150,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Polis masih giat mengesan suspek. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI