fbpx

Lebih 200,000 bakal kunjungi Fest Kaloot Raya 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hurriyah ( 11 kiri barisan belakang) bersama beberapa peniaga yang bakal menyertai Fest Kaloot Raya 2023 di Pusat Konvesyen Setia City, Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Fest Kaloot Raya 2023 bermula 14 April depan bertempat di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) dijangka bakal menarik lebih 200,000 pengunjung dalam membeli pelbagai kelengkapan sempena Hari Raya AidilFitri.

Pengarah Urusan Arena Vision Management, Hurriyah Alhusna Mohd. Nashim berkata, pemilihan SCCC adalah bertepatan memandangkan sekitar lokasi tersebut mempunyai tempat rekreasi yang untuk dikunjungi selepas membeli belah di festival itu nanti.

Katanya, festival itu nanti bakal disertai 300 peniaga yang menjual kelengkapan, pakaian serta makanan bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada kali ini.

“Kita menyediakan 260 buah khemah perniagaan di dalam dan luar pusat konvensyen bagi memberikan pilihan kepada pengunjung mendapatkan apa yang diingini mereka.

“Malah, beberapa jenama popular juga dijangka menyertai Fest Kaloot Raya 2023. Justeru, kita menjangkakan lebih 200,000 pengunjung akan hadir nanti,” katanya dalam pada majlis pengumuman Fest Kaloot Raya 2023 di SCCC, di sini, hari ini.

Jelas beliau, barangan dan kelengkapan akan dijual pada harga berpatutan dengan beberapa artis turut akan hadir bagi memeriahkan lagi festival itu.

Sehubungan itu, Kata Hurriyah, peniaga yang berminat menyertainya boleh melayari laman sesawang rasmi Kaloot Fest Raya dengan tarikh tutup permohonan pada 15 Mac depan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI