fbpx

KOM sedia pujuk Auburn lepas Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM berada pada prestasi terbaik ketika ini menyebabkan dia dianggap prospek negara untuk meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja nanti.

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sedia untuk melakukan segala-galanya bagi memastikan pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi dapat mewakili negara pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 Mei depan.

Bagaimanapun, hasrat itu dilihat agak sukar memandang­kan dia terikat dengan komitmen bersama pusat pengajian­nya, Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS) ketika temasya tersebut berlangsung 5 hingga 17 Mei nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM, Datuk Mark Ling menyatakan, pihak­nya se­dia menghan­tar ‘rombongan’ ke AS untuk berjumpa dan me­ngadakan perbincangan bersama universiti ber­kenaan.

“Salah satu cara adalah kita sendiri pergi ke sana (AS), mungkin pergi beberapa hari bagi membincangkan perkara ini sama ada boleh membawa Azeem pulang atau tidak. Boleh dikatakan semua orang sudah cuba menghubungi universiti berkenaan.

“Cara yang terbaik untuk berbincang adalah naik kapal terbang dan pergi sendiri ke sana Mac nanti. Bagi saya, berbincang menerusi telefon bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya kepada pemberita selepas Me­syuarat Pemilihan Atlet ke Sukan SEA 2023 di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim menyuarakan kesediaan untuk ‘menerbangkan’ Azeem ke Kemboja memandangkan atlet berusia 19 tahun itu dilihat sebagai prospek pingat emas acara 100 meter (m) berdasarkan catatan terbaik 10.09 saat (s) yang juga rekod kebangsaan.

Pada ketika ini, Azeem berkongsi catatan terbaik dengan pelari pecut Thailand, Puripol Boonson yang turut melakukan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Colombia, Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, KOM sentiasa menghormati Majlis Sukan Negara (MSN) dan sedia menjalinkan kerjasama erat bagi proses pemilihan atlet yang akan menggalas cabaran Malaysia di Kemboja nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI