fbpx

KJ teruja sertai JDT, balas kepercayaan TMJ dengan usaha gigih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perasaan teruja selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata, pelantikan tersebut akan dibalas dengan usaha yang gigih untuk menjadikan JDT sebagai kelab bola sepak paling unggul di benua Asia.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas perkenan melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah pasukan bola sepak JDT.

“Insya-Allah saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga akan membantu merealisasikan hasrat TMJ dalam memperkasakan belia Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.

Terdahulu, pelantikan Khairy Jamaluddin disahkan skuad Harimau Selaytan menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI