fbpx

Khairy Jamaluddin sah sertai JDTFC?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Tunku Ismail di akaun Facebooknya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pagi ini, memberi bayangan telah menerima tawaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga penasihat belia Johor.

Khairy ketika ditanya penyampai Hot FM, AG, tentang tawaran tersebut yang pernah tular baru-baru ini, memaklumkan akan membuat pengumuman tentang perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail kerana telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada JDT, sukan terbaik di Malaysia setakat ini dan Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan umumkan penglibatan saya dengan pasukan JDT,” katanya.

Ketika disoal lagi adakah perkara tersebut benar, beliau yang mula bertugas sebagai penyampai di Hot FM hari ini menegaskan, ia adalah perkara serius.

“Lebih kurang (serius). Takkan tak serius, dulu orang kata (sertai) Hot FM tak serius ternyata hari ini serius.

“Tapi agak konflik la sebab saya penyokong Kedah, mak saya orang Kedah,” tambahnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan TMJ menerusi akaun rasmi Facebooknya, memberi bayangan bahawa Khairy akan menjadi CEO JDT dan juga penasihat belia Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI