fbpx

Khairy Jamaluddin sah sertai JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

TEKA-teki kedudukkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah kelab juara bertahan Liga Super itu.

Perkembangan terbaharu ini diumumkan sendiri oleh JDT menerusi ciapan di laman media sosial Facebook Johor Southern Tigers, sebentar tadi, malah Khairy juga bakal menggalas tugas sebagai Penasihat Belia Johor.

“Tahniah dan selamat datang ke kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim  ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut kenyataan yang disiarkan itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail menerusi IG Story memberi bayangan Khairy bakal menyertai ‘keluarga; JDT dan mungkin menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

“CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail dalam sekeping gambar yang dimuatnaik.

Untuk rekod, bekas Ahli Parlimen Rembau itu miliki berpengalaman dalam hal ehwal bola sepak tempatan apabila pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.

Malah, Khairy juga pernah menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018 dan dalam masa sama muncul individu penting kepada idea penubuhan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI