fbpx

JBPM sedia hantar pasukan dan aset ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Noor Azman Taib memakaikan tanda pangkat kepada Abdul Wahab Mat di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menghantar pasukan baharu untuk misi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, pihaknya sentiasa bersedia pada bila-bila jika ada keperluan tambahan untuk anggota dan aset digerakkan ke negara itu.

“Setakat ini, belum ada permintaan tambahan daripada pihak sana, namun secara umum, pihak JBPM bersiap siaga demi memastikan kelancaran misi pasukan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat di sini tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Wahab berkata, setakat semalam JBPM telah berjaya membantu menyelamatkan lima mangsa yang masih hidup akibat runtuhan di sana.

“Bagaimanapun, sejumlah 34 mangsa lagi disahkan meninggal dunia dan maklumat perkembangan misi itu sentiasa dikemas kini pada setiap malam,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye, beliau berkata, pasukan Malaysia dijangka memberikan taklimat terkini berhubung situasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI