fbpx

Isu SPPB: Guru diberi dua pilihan rekod PBD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Guru yang merekod dan melaporkan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) murid bagi sesi akademik tahun 2022/2023 diberi pilihan untuk melakukannya secara luar talian atau secara hibrid.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan akhbar hari ini.

KPM berkata, pihaknya amat prihatin akan isu dihadapi guru untuk merekod dan melaporkan PBD dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

Menurutnya, guru diberi autonomi untuk memilih melakukannya secara luar talian atau hibrid.

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

“KPM komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,” katanya.

Sebelum ini, SPPB dilaporkan tidak dapat berfungsi dengan baik selain sistem ditutup pada hujung minggu ini untuk ditambahbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI