fbpx

Isteri nekad saman suami sebar HIV selepas curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu bersama bayinya dijangkiti HIV disebabkan kecurangan suaminya. - Thaiger

BANGKOK – Seorang wanita meminta bantuan seorang peguam terkenal di Thailand untuk memfailkan saman terhadap suaminya selepas dia dan bayinya dijangkiti virus kurang imun (HIV), lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita tersebut percaya bahawa kecurangan suaminya telah mengakibatkan bayi mereka yang baru lahir meninggal dunia.

Kisah mengenai wanita itu didedahkan oleh peguam, Kirdphon Kaewkird di laman Facebook semalam.

“Saya tertekan. Saya terima panggilan daripada seorang wanita yang tinggal di Surin, wilayah Isaan. Dia berkata bahawa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang dan dijangkiti HIV.

“Virus itu menjangkiti dia dan janinnya. Bayinya yang baru lahir sakit dan kemudian meninggal dunia akibat virus itu,” jelas Kirdphon.

Wanita itu mendakwa dia tidak pernah berasa curiga dengan suaminya sebelum bayinya dilahirkan dan jatuh sakit. Namun, setelah doktor mengesahkan bayi mereka dijangkiti HIV, suaminya kemudian mengaku telah curang.

Mangsa meminta bantuan Kirdphon untuk menyaman lelaki itu atas bahaya yang ditimbulkan, termasuk kematian bayi mereka. Kirdphon berjanji untuk membantunya secepat mungkin walaupun dia dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggang.

Menurut Kirdphon, masalah kekurangan sijil perkahwinan rasmi yang dihadapi wanita itu akan menyukarkan dia untuk menyaman lelaki tersebut.

Bagaimanapun, wanita berkenaan boleh mendakwa suaminya atas kecuaian mengikut Seksyen 297 Undang-Undang Jenayah. 

Ini kerana si suami sedar bahawa dia menghidap HIV tetapi tidak berusaha untuk mencegah penularan. Kecuaiannya membawa kepada kesan serius penyebaran HIV dan kematian bayi.

Seksyen 297 akan membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga 10 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI