fbpx

Gempar tapir masuk bandar Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM dan Perhilitan sedang menyelamatkan seekor tapir yang tersesat sebelum terjatuh di dalam parit berhampiran Kampung Kubang Miang, Dungun hari ini.

DUNGUN – Penduduk tempatan gempar dengan kehadiran seekor tapir jantan seberat kira-kira 250 kilogram tersesat dan berkeliaran di sekitar bandar ini hari ini.

Pegawai Angkat Pertahanan Awam (APM) Dungun, Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, kehadiran tapir tersebut disedari apabila haiwan dilindungi itu memasuki pekarangan agensi berkenaan pada pukul 6.20 pagi.

“Haiwan liar itu berjaya meloloskan diri sebelum merayau-rayau sekitar bandar ini termasuk di beberapa premis perniagaan. Tapir itu kemudian memasuki beberapa perkampungan berhampiran sebelum terjatuh ke dalam parit di Kampung Alor Tembesu.

“Haiwan itu ditangkap dengan bantuan penduduk kampung. Jentolak digunakan untuk membawanya naik dari parit sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya di sini hari ini.

Ahmad Kamal Hakim berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku, namun kehadiran tapir tersebut menggemparkan penduduk yang mengambil turut peluang merakam video haiwan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir itu mengalami sedikit kecederaan dan akan dilepaskan ke hutan simpan berhampiran selepas rawatan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI