fbpx

F1: Alonso yakin mampu julang Aston Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO dan bergandingan dengan Stroll untuk membawa cabaran Aston Martin pada musim ini dengan jentera baharu mereka AMR23. – AFP

LONDON – Fernando Alonso percaya pasukan Aston Martin yang disertainya tahun ini akan menyambar gelaran dunia dalam perlumbaan Formula Satu (F1) pada masa hadapan.

Aston Martin memper­kenalkan jentera baharu mereka AMR23 di Silverstone kelmarin dilihat meletakkan harapan cukup tinggi untuk menjadi pasukan pencabar tahun ini.

Perubahan mendadak ter­utama pembangunan jentera AMR23 memberi keyakinan kepada Alonso untuk menambah gelaran dunia ketiganya dalam kariernya selepas kali terakhir menggenggam trofi kemenangan sewaktu musim 2005 dan 2006.

“Jujur saya katakan bukan tahun ini untuk melakar kemena­ngan, tetapi saya mahu memiliki jentera yang terbaik.

“Jika segalanya bermula de­ngan positif saya yakin Aston Martin mampu berjuang untuk kemenangan dan podium pada tahun hadapan, tetapi dengan syarat pasukan ini mempu­nyai garis dasar yang baik pada musim 2023 ini.

“Tahun lalu saya melihat pa­sukan ini berdepan masalah pada separuh musim pertama, tetapi prestasi mereka bertambah baik selepas itu. Jadi, 2023 ini perlu ada peningkatan,” kata Alonso.

Alonso yang kini berusia 41 tahun, beraksi untuk musim ke-20 dalam saingan F1 membuat keputusan meninggalkan Alpine tahun lalu selepas mendapat tawaran komitmen jangka panjang bersama Aston Martin.

Alonso akan bergandingan bersama anak pemilik Aston Martin, Lawrence Stroll iaitu Lance Stroll selepas membeli pasukan itu pada 2020 yang sebelum ini dikenali sebagai Force India.

Kehadiran Alonso bersama Aston Martin bukan sekadar memburu kemenangan, tetapi ke arah pembangunan jentera pada masa hadapan yang akan digunakan pelumba-pelumba baharu selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI