fbpx

EPL: Pep Guardiola akui Manchester City bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERLING Haaland masih belum dapat dipastikan sama ada mampu diturunkan pada aksi menentang Arsenal selepas mengalami kecederaan berdepan Villa sebelum ini. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya sudah menunjukkan peningkatan ketara selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa sekali gus menghidupkan peluang mereka memburu gelaran.

City tewas menentang Tottenham Hotspur sebelum itu yang menjadi kekalahan keempat mereka musim ini menyebabkan Guardiola menggesa sebahagian pemainnya terutama jentera serangan untuk lebih tajam.

Guardiola sebelum itu juga dikritik kerana beberapa perubahan dilakukan di dalam pasukan, namun beliau pastinya lega selepas menerima kepulangan semula dua pemain pertahanan, Ruben Diaz dan Aymeric Laporte yang mengalami kecederaan untuk bersiap menentang Arsenal.

“Berdasarkan sesi latihan yang kami jalani sepanjang minggu dan sejak 10 hari lalu, kami me­nunjukkan peningkatan ketara. Semua orang memberikan fokus untuk membentuk pasukan yang benar-benar mantap.

“Berdepan Villa sebelum ini, kami berjaya mempamerkan aksi yang sempurna. Kami memberikan tekanan pada kedudukan yang lebih tinggi dan sangat baik, namun kami sedikit mengubah­nya pada babak kedua.

“Secara keseluruhannya, saya lebih gembira untuk melihat semua set-piece yang kami peroleh, membuatkan kami berpeluang untuk mendapatkan jaringan.

“Kami perlu mengambil peluang untuk aksi berikutnya de­ngan mendapatkan kemenangan kerana ia membolehkan kami lebih rapat dengan Arsenal,” kata Guardiola.

City dan Arsenal masih belum bertemu lagi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas jadual asal perlawanan sebelum ini ditangguhkan dan ini bermakna mereka akan bertemu dua kali pada 2023 bermula aksi di Emirates awal pagi esok.

Guardiola sebelum ini me­nyaksikan anak-anak buahnya merakam kemenangan 1-0 ketika menewaskan Arsenal pada aksi Piala FA dan kemenangan pada aksi kali ini akan membolehkan City memintas pendahulu itu, namun Arsenal masih kekura­ngan satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI