fbpx

Dewan Rakyat: Muhyiddin yakin gelombang PN kuasai PRN enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan keyakinan beliau bahawa gelombang Perikatan Nasional (PN) bakal berlaku dalam enam siri Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Jelas Pengerusi PN itu, tindakan kerajaan mengadakan ‘witch hunting’ terhadap pentadbiran kerajaan lama pimpinan beliau akan menghasilkan reaksi tindak balas daripada rakyat.

“Dikatakan kami perompak, lanun supaya rakyat tidak sokong kita, tetapi saya percaya gelombang PN yang sudah kita lihat akan terus melanda negara.

“Ini sentimen rakyat yang melihat telatah kerajaan hari ini yang berniat jahat,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas perdana menteri itu merujuk kepada beberapa negeri yang dijadualkan melaksanakan PRN pada pertengahan tahun ini, setelah tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU15) November lalu.

Katanya, tuduhan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menuduh beliau menyelewengkan sejumlah wang daripada pakej rangsangan ekonomi sewaktu PN memerintah merupakan satu fitnah.

“Kesalahan kerajaan dahulu dicari-cari, melempar tuduhan yang bukan-bukan, kononnya saya selewengkan RM600 bilion,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI