fbpx

Bunuh jiran: Nasib warga emas diketahui 30 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shaharudin (kiri) ketika berada di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh keputusan kes seorang lelaki warga emas yang didakwa membunuh jirannya berusia 77 tahun, tiga tahun lalu.

Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Shaharudin Zakaria, 68, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zaharah Khalid di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung sekitar pukul 8 malam pada 3 Mei 2020.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, M. Saravanan.

Siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian itu berlaku, terjadi pertengkaran antara kedua-dua mereka menyebabkan mangsa dipukul dan dipijak sebelum dicampak ke dalam parit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI