fbpx

Anwar jumpa Erdogan zahirkan solidariti Malaysia-Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Erdogan (kanan) ketika bertemu di Ankara, Februari lalu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Ankara hari ini.

Pertemuan itu bagi Anwar menzahirkan solidariti Malaysia sebagai negara sahabat ketika saat getir dan sukar serta komitmen dalam membantu warga Turkiye yang terkesan akibat gempa bumi.

“Saya turut menyampaikan ucapan takziah dari rakyat Malaysia serta memaklumkan mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan kerajaan Malaysia.

“Bersama kita mendoakan agar perisitiwa duka ini cepat berlalu dan Turkiye kembali pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir ketika pertemuan tersebut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd. Ali; Duta Malaysia Ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa dan melawat mangsa gempa serta pasukan pencari dan penyelamat (SAR) Malaysia di Nurdagi selepas tiba di Gaziantep, Turkiye pada pukul 7.50 pagi (waktu tempatan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI