fbpx

Angkara enggan bayar hutang, lelaki cedera ditetak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kepala selepas diserang oleh rakannya kerana enggan membayar hutang.

PADAWAN – Gara-gara tidak membayar hutang, seorang penjaga tapak projek binaan cedera ditetak di tangan dan kepalanya dipukul menggunakan tukul oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun diserang oleh rakannya bersama dua orang lagi suspek di sebuah rumah pekerja di Jalan Arang, di sini kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.

“Suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa yang baru bangun tidur di ruang tamu dan menetaknya di tangan sebelah kiri dan pada masa sama, salah seorang suspek memukul kepala mangsa menggunakan tukul sebelum kesemua suspek bertindak keluar dari rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa yang cedera kemudian dihantar oleh rakan serumahnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Abang Zainal berkata berdasarkan soal siasat dengan mangsa di hospital, punca kejadian disebabkan dia berhutang sebanyak RM500 dengan suspek yang dikenalinya sebagai Ah Bie.

Justeru, Abang Zainal berkata pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan telah diarahkan untuk menangkap suspek dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI