fbpx

3 lelaki Sudan dihukum potong tangan kerana mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki dihukum potong tangan kerana mencuri tong gas di Sudan baru-baru ini. - Getty Images

KHARTOUM – Buat pertama kali dalam hampir sedekad, mahkamah Sudan menjatuhi hukuman potong tangan terhadap tiga lelaki kerana mencuri, lapor laman berita Wion News semalam. 

Memetik laman berita The Guardian, laporan itu menyebut bahawa ketiga-tiga lelaki berusia 20-an itu disabitkan bersalah kerana mencuri tong gas di Omdurman.

Keputusan itu telah dijatuhi dua minggu lalu tetapi baru didedahkan sekarang.

Ketiga-tiga lelaki itu juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana melakukan kesalahan tersebut dan didenda 2,000,000 pound Sudan (RM15,051) sebagai pampasan atas kecurian itu.

Buat masa ini, mereka telah dibawa ke penjara Koper di utara Khartoum, di mana hukuman itu masih belum dijalankan pada tarikh yang belum ditentukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI