fbpx

UCL: Galtier akui bimbang prestasi semasa PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG bakal turun berdepan Bayern dengan motivasi yang sangat rendah selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. – AFP

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Gal­tier mengakui tidak senang duduk memikirkan aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Parc des Princes awal pagi esok.

Walaupun dibarisi pemain ternama dunia seperti Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe, namun pendahulu Ligue 1 itu gagal mengekalkan rentak terbaik selepas tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan terdahulu.

Justeru, keadaan itu jelas merisaukan Galtier, lebih-lebih lagi Messi dan Mbappe tidak diturunkan ketika mereka tewas 1-3 kepada AS Monaco kelmarin kerana belum pulih daripada kecederaan.

“Adakah saya bimbang untuk hadapi perlawanan tersebut? Sudah tentu saya bimbang kerana ia satu perlawanan yang sangat penting. Jika saya ambil mudah, ia adalah masalah yang sangat serius.

“Walaupun bimbang dengan situasi semasa pasukan, namun kami perlu tenang. Saya tahu penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan semasa pasukan, jadi kami perlu bekerjasama untuk hadapi keadaan sukar ini,” katanya.

Aksi goyah yang ditampilkan PSG sejak permulaan tahun baharu dianggap berpunca daripada Galtier yang terlalu mengharap­kan sentuhan Messi, Neymar dan Mbappe sepanjang saingan musim ini.

Bagaimanapun, PSG mendapat perkhabaran gembira apabila Mbappe dilaporkan sudah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan dan besar kemungkinan dia akan diturunkan ketika berdepan Bayern nanti.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN