fbpx

Tukang cuci mengaku ‘Sami Tuan Kalima’ dipenjara 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.N HEMAVATHY (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang pesara dengan mengaku sebagai 'Sami Tuhan Kalima' melibatkan kerugian RM8,750, tahun lalu. - FOTO: NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang tukang cuci restoran dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang pesara dengan mengaku sebagai ‘Sami Tuhan Kalima’ melibatkan kerugian RM8,750, tahun lalu.

Tertuduh, A.N Hemavathy, 29, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati memperdayakan seorang warga emas berusia 74 tahun dengan curang untuk mendorong orang yang diperdayakan mempercayai dan membuat pembayaran sebanyak RM8,750 ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh dengan mengaku diri sebagai Sami Tuhan Kalima, di mana tertuduh mengetahui ia tidak benar.

Kesalahan itu dilakukan di Terminal One Seremban antara 26 Oktober 2022 hingga 22 Disember 2022.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada Februari 2022 mangsa seorang pesara telah menerima panggilan telefon daripada tertuduh yang memperkenalkan namanya sebagai ‘Sami Tuhan Kalima’ dan penganut kepercayaan itu sejak 30 tahun lalu.

Mangsa memaklumkan mengetahui tertuduh banyak membuat sumbangan derma wang kepada kuil-kuil kalimah disebabkan sumbangan itu boleh mendapat pahala.

Tertuduh turut memaklumkan membawa satu pesanan dari Tuhan Kalima iaitu menambah kekayaan kepadanya sebelum mangsa mengikut arahan tertuduh dengan membuat pembayaran secara tunai dan pindahan wang serta diperdayakan secara bersemuka sebagai Sami yang dapat memberikan kekayaan dan kesejahteraan kepada mangsa.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), P.A Krishnaveni yang mewakili tertuduh memohon hukuman secara denda kerana mengambil kira keadaan mangsa yang merupakan seorang janda dan daripada keluarga miskin.

“Tertuduh anak kedua daripada tujuh beradik mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan menanggung keluarga yang besar.

“Dalam kes ini, mangsa merupakan kenalan lama tertuduh dan tiada paksaan untuk berbuat demikian (memasukkan wang) selain dia sudah insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman pula memohon hukuman yang setimpal mengambil kira kerugian cara tertuduh memperdayakan mangsa sebagai seorang Sami.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 13 bulan ke atas tertuduh bermula dari tarikh sabitan hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI