fbpx

TMJ tak minat jadi pengurus Harimau Malaya – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat untuk menjadi pengurus skuad Harimau Malaya.

Menurut Hamidin, perkara itu telah dimaklumkan TMJ sewaktu mengadakan pertemuan di Iskandar Puteri, Johor bersama ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon pada Sabtu lepas.

Hamidin berkata, Tunku Ismail berhasrat untuk membantu dengan cara menyediakan beberapa kelengkapan latihan yang komprehensif buat pasukan kebangsaan.

“Pertama, TMJ jumpa saya sebab nak tahu mengenai kemenangan saya (sebagai Ahli Majlis FIFA) di Bahrain dan beliau ucapkan tahniah.

“Kedua, saya nak jelaskan TMJ tidaak berminat nak memegang apa-apa jawatan (dalam skuad kebangsaan), sama ada pengurus pasukan atau apa sahaja.

“Sebaliknya TMJ nak usahakan untuk membantu pasukan kebangsaan daripada segi peralatan latihan atau apa yang boleh beliau buat terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 nanti.

“Kemudian TMJ turut mempelawa untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim memandangkan Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup sementara bermula Mac nanti.

“Pan-gon pun tiada masalah dengan perkara itu dan dia pun sukakan padang di Stadium Sultan Ibrahim selain fasiliti sains sukan yang ada dekat sana,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kosmo! minggu lalu melaporkan FAM bersedia untuk berbincang mengenai dakwaan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mahu menjadi pengurus baharu Harimau Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI