fbpx

Tidak peduli nyawa sendiri, jururawat pegang erat inkubator bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG jururawat memegang erat inkubator yang bergoyang sehingga gegaran berhenti. – Getty Images

GAZIANTEP – Tindakan pantas dua jururawat sebuah hospital di bandar Gaziantep, Turkiye yang sanggup bergadai nyawa untuk melindungi bayi-bayi di unit penjagaan rapi (ICU) dipuji netizen dengan ramai menganggap mereka seperti ‘adiwira’, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, wad dipenuhi mesin inkubator dan menempatkan bayi pramatang serta sakit itu pada awalnya dilihat tidak mempunyai seorang pun staf.

Ketika gempa berlaku secara tiba-tiba, dua jururawat dikenali sebagai Devlet Nizam dan Gazwl Caliskan muncul dengan pantas lalu memegang erat inkubator yang bergoyang.

Mereka bertindak demikian sehingga gegaran berhenti sekali gus berjaya menghalang bayi-bayi tersebut daripada terjatuh.

Video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu tular di media sosial selepas dikongsikan oleh seorang ahli politik Turkiye, Fatma Sahin.

“Anggota perubatan kita adalah individu-individu yang hebat,” katanya.

Lebih 33,000 orang terkorban di Turkiye dan Syria setakat ini dalam gempa bumi kuat yang berpusat di Kahramanmaras pada Isnin minggu lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI