fbpx

Sesi PMQ: Anwar sedia jawab soalan Ahli Parlimen pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) buat kali pertama di Dewan Rakyat pagi ini.

“Insya-Allah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

“Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Sesi PMQ mula dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang dibuka semalam.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul sebelum berkata, untuk permulaan, sesi itu akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap Selasa, dimana Perdana Menteri akan menjawab soalan yang ditujukan kepada beliau dan pada Khamis ialah sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI