fbpx

Serie A: Cengkaman Napoli makin sukar digugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAPOLI ketika ini memiliki kelebihan 16 mata berbanding pencabar utama dan semakin hampir menamatkan penantian menjulang gelaran Serie A. – AFP

NAPLES – Napoli mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Serie A dengan kelebihan 16 mata ke atas pasukan tangga kedua, Inter Milan selepas menewaskan Cremonese 3-0 di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi semalam.

Situasi itu menyaksikan Gli Azzurri terus berada pada landasan tepat untuk menamatkan penantian selama 33 tahun me­rangkul kejuaraan Scudetto sebagai pemenang liga selepas kali terakhir pada 1990.

Ketua Jurulatih Napoli, Luciano Spalletti memuji sikap ditunjukkan anak-anak buahnya yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk ‘mengorbankan diri’ mereka semata-mata untuk mendapatkan keputusan positif.

“Komitmen yang sangat hebat ditunjukkan oleh kumpulan pemain ini. Mereka amat profesional dan bersedia melakukan setiap arahan demi kemenangan pasukan.

“Anda sendiri boleh melihat bagaimana mereka terus berusaha untuk mendapatkan jaringan tambahan ketika kedudukan 2-0. Keinginan tinggi untuk menang yang memacu mereka untuk berjaya berada pada tahap ini.

“Bandar ini dan juga para penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada kami juga antara faktor kejayaan pasukan musim ini. Kami harap dapat menggembirakan mereka apabila tamat liga nanti dengan membawa pulang kejuaraan,” katanya.

Tiga gol Napoli dalam aksi itu dijaringkan oleh Khvicha ­Kvaratskhelia (m-21), Victor ­Osimhen (m-65) dan Elif Elmas pada minit ke-79.

Kecemerlangan semasa Napoli menyaksikan kelab dari Naples, Itali itu disebut-sebut mampu melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila dijadualkan menentang wakil Jerman, Eintracht Frankfurt pada 22 Februari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI