KES gangguan seksual membabitkan individu sejenis boleh terjadi di mana-mana saja dan pastinya meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.
Insiden sebegitu turut dilalui aktres Sara Ali Khan yang berhadapan kejadian tidak disangkakan ketika berada di sebuah lapangan terbang di India, baru-baru ini.
Pelakon berusia 27 tahun yang diiringi pengawal peribadi nyata tidak terlepas daripada gangguan seorang wanita yang secara tiba-tiba muncul di hadapannya.
Biarpun pada awalnya tersenyum ketika disapa wanita terbabit, wajah anak Saif Ali Khan itu berubah sebaik sahaja rambut dan bahunya mula disentuh secara erotik.
Reaksi tersebut juga disedari orang sekeliling.