fbpx

Raysha Rizrose kini tunang pelumba kereta F3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN bahagia hari pertunangan Raysha Rizrose yang dikongsikan dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose akhirnya mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Nabil Jeffri dalam sebuah majlis tertutup pada Disember tahun lalu.

Raysha, 27, bagaimanapun hanya berkongsi berita gembira tersebut kepada peminat menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.

“Alhamdulillah. Saya secara rasminya bertunang,” kongsi Raysha.

Berita gembira yang dikongsikan adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis yang tumpang gembira dengan pertunangan tersebut.

“Alhamdulillah tahniah sayang,” ucap pelakon Elisya Sandha.

“Tahniah cantik,” kata pelakon Ruhainies.

“Tahniah sayang. Saya tumpang gembira,” kata penyanyi dan juga pelakon Nabila Razali.

Terdahulu, Raysha atau nama lengkapnya Farza Naquraisha Mohd. Fariz pernah memberitahu dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Nabil, 30, yang juga seorang pelumba kereta Formula 3.

Sama seperti pasangan bercinta lain, pelakon drama Ryan Aralyn itu mengakui pernah melalui fasa putus cinta sebelum mengambil keputusan menjalin semula hubungan tersebut.

Sebelum ini, Raysha jarang berkongsi kepada umum tentang hubungan cinta dengan Nabil yang dikenalinya sejak usianya 14 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI