fbpx

Pelancong Malaysia pilih musim bunga untuk bercuti di Busan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu tarikan menarik di Busan.

PETALING JAYA – Busan Tou­rism Organization (BTO) menjangkakan kemasukan pelancong dari Malaysia bakal mencecah kepada 200,000 orang pada tahun ini ekoran permintaan yang tinggi daripada pelancong berkunjung ke destinasi popuar tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Joung Sil berkata, faktor penyambungan semula penerbangan oleh syarikat penerbangan AirAsia X ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan itu juga akan memainkan peranan pen­ting untuk memacu bagi mencapai sasaran berkenaan.

Menurut beliau, pada tahun 2019, kemasukan pelancong Malaysia ke Busan adalah sebanyak 700,000 orang setahun dan jumlah pelancong dari Busan ke Malaysia pula adalah sebanyak 130,000 orang.

“Dalam tempoh pandemik pula, kira-kira 10,000 pelancong sahaja yang memasuki bandar tersebut, jadi kami mengalu-alukan perkhidmatan penyambungan semula penerbangan dari KLIA2 ke Busan sebanyak tiga kali dalam seminggu.

“Kami berharap penerbangan tersebut bertambah setiap hari selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis makan malam meraikan tetamu ­AirAsia X termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail dan juga ahli lembaga pengarah ­AirAsia X, Datuk Fan Lee Ee dan kumpulan media di Busan, Korea Selatan baru-baru ini.

Joung Sil menjelaskan, tarikan utama rakyat Malaysia ke Busan adalah pada musim sejuk tetapi ada juga pelancong yang tidak memilih musim kerana ia dianggap sebagai sebuah destinasi pelancongan yang unik dan menarik buat semua.

“Jika sebelum ini rakyat Malaysia lebih suka berkunjung ke tempat tarikan utama seperti Gamcheon Culture Village, Gukje Market tetapi kini kami turut mempromosikan beberapa tarikan baharu seperti Busan Skyline dan Cable Car Busan yang bakal menawarkan pengalaman menarik buat mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, Malaysia adalah negara kedua selepas Thailand di pasaran Asia Tenggara yang menyumbang kepada jumlah kemasukan pelancong ke Busan tetapi Jepun dan China adalah pasaran terbesar kemasukan pelancong ke Busan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI