fbpx

Nombor plat R dilelong RM14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nombor plat R merupakan yang kedua termahal yang dijual di Hong Kong disebabkan huruf tersebut dianggap membawa tuah. – Getty Images

HONG KONG – Nombor pendaftaran kenderaan yang hanya mempunyai abjad tunggal,  R dijual pada harga HK$25.5 juta (RM14.1 juta) dalam satu acara lelongan di Hong Kong, lapor akhbar The Sun semalam.

Nombor plat itu dilelong Ahad lalu dan merupakan satu daripada 49 nombor yang dilelong semasa acara  lelongan Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Pengangkutan.

Ia juga merupakan nombor plat kedua termahal yang dijual di bandar raya itu. Huruf  tersebut dianggap membawa tuah.

Bidaan terhadap nombor plat R itu bermula pada harga HK$5,000 (RM2,769), namun ia meningkat dengan pantas dengan berpuluh-puluh pembeli berminat untuk membida.

Seorang pembida kemudian menawarkan harga HK$2 juta (RM1.1 juta) sebelum meningkat kepada HK$9 juta (RM4.9 juta).

Selepas kira-kira 60 pusingan bidaan, nombor pendaftaran itu akhirnya menjadi milik seorang pembida pada harga HK$25.5 juta (RM14.1 juta).

Seorang penjual nombor pendaftaran kenderaan memberitahu media sebelum lelongan bahawa jualan nombor plat R dijangka mencecah HK$10 juta (RM5.5 juta) kerana huruf itu dikaitkan dengan kereta lumba dan membawa tuah dalam kepercayaan masyarakat China.

Sementara itu, satu lagi nombor pendaftaran unik, 10VE Y0U dilelong pada harga HK$310,000 (RM171,740) pada hari pertama acara lelongan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI