fbpx

Nampak ‘baby bump’, Wany Hasrita berbadan dua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Wany Hasrita di pentas AJL37 baru-baru ini menuai perhatian kerana peminat mendakwa melihat baby bump.

PETALING JAYA – Penampilan penyanyi Wany Hasrita memeriahkan malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada Ahad lalu sebagai penyanyi undangan yang membuat persembahan pembukaan mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sedang hamil anak sulung.

Semuanya gara-gara apabila terdapat segelintir peminat mendakwa ternampak bentuk perutnya seperti sedang hamil (baby bump) menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Walaupun mengenakan pakaian longgar ciptaan pereka fesyen terkenal, Seth & Luna, peminatnya mendakwa perut penyanyi berusia 31 tahun itu kelihatan sedikit buncit seolah-olah menggambarkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.

“Tak tahu kenapa. Tapi nampak seperti ‘baby bump’,” komen seorang peminatnya.

“Cantik sangat. Wany hamil ke?” soal seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

“Seri ibu mengandung. Cantik sangat,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan jawapan daripada pelantun Menahan Rindu itu tidak berjaya apabila penyanyi itu dikhabarkan sedang sibuk menjalani satu penggambaran.

Untuk rekod, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI