fbpx

Misi mencari mangsa lemas Sungai Dengkil masuk hari ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misi mencari mangsa lemas di Sungai Dengkil masih diteruskan.

SEPANG – Misi mencari dan menyelamat seorang wanita yang dipercayai lemas di Sungai Dengkil, Ahad lalu masih diteruskan selepas mangsa gagal ditemui sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, misi hari ketiga menjejaki mangsa turut tidak menemui sebarang petunjuk.

Beliau berkata, liputan carian mangsa kini diperluaskan ke daerah Kuala Langat meliputi kawasan Banting dan Bukit Changgang.

“Operasi mengesan mangsa turut dibantu anggota bomba dan penyelamat Kuala Langat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sepang ketika dihubungi berkata, misi hari ketiga ditangguhkan pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung pukul 8 pagi esok.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dikatakan terjun daripada sebuah jambatan di Dengkil sebelum dihanyutkan arus deras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI