fbpx

Ketua kampung terkejut jumpa mayat reput tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat warga emas yang ditemui di tepi Sungai Matanoi, berhampiran Kampung Ritting, malam semalam.

KENINGAU – Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemui di tepi Sungai Matanoi, berhampiran Kampung Ritting malam semalam.

Mayat lelaki berusia 79 tahun itu ditemui Ketua Kampung Ritting, Apin-Apin kira-kira pukul 9 malam ketika sedang melakukan pemeriksaan paip graviti di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, siasatan mendapati mangsa telah keluar rumah sejak 7 Februari lalu dan tidak pulang selepas itu.

“Anak mangsa tidak membuat laporan polis kerana beranggapan bapanya masuk hutan untuk mencari hasil hutan serta menjala ikan.

“Mangsa juga dikatakan kerap bermalam tiga hingga empat hari apabila masuk ke hutan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Rafidah memaklumkan, hasil siasatan polis juga mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika menjala ikan di tepi sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

“Mayat mangsa ditemui 100 meter dari tempat kejadian selepas dihanyutkan air sungai yang deras ekoran hujan lebat.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI