fbpx

Kerajaan perkenal Raya Rahmah minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tengah) menunjukkan juadah Menu Rahmah di Restoran Bekwoh di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan jualan raya murah di bawah inisiatif Raya Rahmah melibatkan jualan kelengkapan perayaan pada harga istimewa minggu hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu antaranya melibatkan jualan perhiasan rumah, baju, kuih dan biskut raya.

“Konsep yang saya syorkan adalah syarikat tekstil dapat membekalkan dan menjual mungkin sepasang baju kurung wanita dan baju Melayu pada harga murah,” katanya selepas melancarkan inisiatif Menu Rahmah peringkat negeri Perlis di sini, hari ini.

Kata beliau, pihak syarikat dan pemain industri tekstil meminta tempoh antara dua hingga tiga hari bagi membincangkan perkara tersebut.

“Syarikat dan pembekal tekstil itu akan dipanggil semula pada minggu hadapan bagi memuktamadkan secara terperinci apa bentuk tawaran Raya Rahmah yang boleh ditawarkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin turut memaklumkan KPDN akan membangunkan aplikasi Menu Rahmah dengan memasukkan senarai pengusaha yang menawarkan menu tersebut dalam usaha memudahkan pengguna.

“Kita berharap agar persatuan pengusaha makanan seperti persatuan kedai tomyam yang menawarkan Menu Rahmah memaklumkan kepada pihak KPDN untuk dimasukkan ke dalam direktori tersebut.

“Selain itu, KPDN bercadang untuk mengadakan lawatan ke premis makanan yang menawarkan harga rendah atau lebih rendah daripada Menu Rahmah bagi membantu mempromosikan perniagaan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI