fbpx

Ibu sudah tiada, 5 beradik tumpang kasih datuk nenek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khamis dan Jamariah di samping empat daripada lima cucu mereka di Kubang Rotan dekat Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Meskipun hidup dalam keadaan serba kekura­ngan, pasangan warga emas dari Kubang Rotan dekat sini tetap tabah menjaga lima cucu yang kehilangan ibu mereka akibat kanser perut, tiga tahun lalu.

Khamis Salleh, 65, dan Jamariah Zakariah, 60, tidak mahu cucu-cucu mereka berusia 10 hingga 21 tahun ditempatkan di rumah kebajikan.

Akibat kesempitan hidup, pasangan itu tidak mampu menyekolahkan empat daripada lima beradik kecuali yang bongsu.

Menurut Jamariah, dua daripada cucu mereka iaitu Nordini Shafiqah Mohd. Noor, 21, dan Muhammad Amir Daniel, 18, adalah orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.

“Kami amat ralat kerana tidak mampu menyekolahkan mereka sehingga ke tingkatan lima kera­na tidak mampu kecuali yang kecil sahaja yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini semalam.

Katanya, dia hanya meraih pendapatan hasil jualan kuih-muih memandangkan kesihatan suaminya yang pernah membuat kerja-kerja kampung tidak begitu baik setelah menjalani pembedahan perut, tiga tahun lepas.

“Ada yang minta nak ambil mereka sebagai anak angkat, tetapi saya tak sanggup pisahkan adik-beradik ini,” ujarnya.

Cuma Jamariah risau dengan masa depan cucu-cucunya memandangkan usianya yang me­ningkat selain sudah uzur.

“Lebih risau adalah kami tidak mempunyai rumah sendiri.

“Dahulu kami pernah minta bantuan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin tetapi tak dapat,” katanya.

Sementara itu, Nurdini Elyana berkata, walaupun terkilan kerana tidak dapat meneruskan persekolahan, namun faham dengan kemampuan keluarga.

“Saya fikir untuk cari kerja dan bantu datuk nenek yang sanggup jaga kami adik-beradik walaupun hidup mereka susah,” ujarnya.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan kepada akaun Maybank 152095746692 milik Jamariah Zakariah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI