fbpx

Gelandangan Tok Chey meninggal, waris dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Chey ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak Disember tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan waris kepada seorang gelandangan warga emas atau panggilan ‘tok chey’ dalam dialek utara yang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Jagaan Damai Permai, Kepala Batas di sini, semalam.

Gelaran ‘tok chey’ dengan erti kata lain membawa maksud datuk atau tok wan.

Jurucakap polis berkata, pihaknya sehingga kini masih belum menemui sebarang identiti diri mayat lelaki berusia dalam lingkungan 80-an itu.

“Warga emas terbabit merupakan gelandangan di kawasan Masjid Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal. Dia pernah dimasukkan ke Hospital Parit Buntar, Perak pada 13 Disember tahun lalu.

“Dia yang mengalami masalah kesihatan (sakit tua) serta lumpuh telah dibenarkan keluar dari wad pada 21 Disember lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beritahu jurucakap itu lagi, warga emas terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan tinggal di bawah seliaan pusat jagaan berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan meninggal dunia pada 13 Februari (semalam) kira-kira pukul 6.35 pagi. Mayatnya kini berada di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB),” ujarnya.

Justeru katanya, waris lelaki berkenaan diminta menghubungi Sarjan Mohd. Ridzwan Zolkifli di Balai Polis Kepala Batas ditalian: 04-5752222/04-5762222 atau Unit Forensik HKB: 04-5623353 untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI