fbpx

Garam berlebihan punca cirit, birit, hipertensi dan masalah jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Garam bukan sahaja digunakan sebagai bahan untuk ‘memagar’ rumah, namun ia turut digunakan secara meluas dalam masakan.

Selain itu, ada juga sesetengah pihak mempromosikan garam buluh dan garam bukit sebagai rawatan untuk merawat menyakit.

Namun, menerusi satu perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebooknya memaklumkan, seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10 kali dan cirit-birit untuk selama lebih tiga jam akibat garam berlebihan.

Jelas PHM, selepas pemeriksaan lanjut mendapati tubuh pelajar itu lemah, ujian darah berjaya mengesan paras garam sodium terlalu tinggi.

“Keadaan beliau dikenal pasti sebagai Hypernatraemia. Rupa-rupanya dia telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150 gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan mengurangkan berat badan.

“Dalam kes berlainan, seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantauan pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang,” katanya.

Poster yang dikongsi di laman Facebook PHM.

Tambah PHM, garam buluh, garam himalaya, garam kosher dan garam laut adalah sejenis garam dan ia mengandungi kandungan natrium yang hampir sama.

“Oleh itu, pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi satu sudu teh sehari. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar.

“Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh, bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari,” ujar PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI