PENYANYI Eunha membuat pengakuan tidak betah dengan selera menu sarapan paginya yang kadang-kadang berubah-ubah.
Anggota kumpulan Viviz itu menjelaskan rutin pagi yang tidak menjadi kebiasaannya adalah mengubah selera sewaktu bersarapan.
“Saya tahu bunyinya agak kelakar. Saya mahu kongsikan tentang rutin pagi tetapi beberapa hari ini saya sering mengidamkan naengmyeon (mi Korea Utara).
“Untuk memastikan naengmyeon kurang pedas, saya menambah telur rebus dalam hidangan tersebut,” kata Eunha, 25, ketika muncul dalam satu sesi temu bual dalam saluran YouTube 117 baru-baru ini.