fbpx

EPL: Marcus Rashford perlu lawan sikap malas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD terus mempamerkan ketajamannya apabila meledak satu gol ketika membantu United menewaskan Leeds kelmarin. – FB MANCHESTER UNITED

LEEDS – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyeru penggempur sensasinya, Marcus Rashford supaya terus berusaha melawan sikap ‘malas’ untuk kekal menjadi antara penyerang terbaik di Eropah.

Rashford, 25, meledak gol ke-21 musim ini untuk United ketika mereka meraih kemenangan 2-0 ke atas Leeds United di Elland Road kelmarin sekali gus menyaksikannya kekurangan satu sahaja lagi gol berbanding musim terbaik kariernya pada 2019/20.

“Saya tidak tahu bila dia akan berhenti (menjaringkan gol), tetapi jika anda berpuas hari dengan jumlah tersebut, terserah kepada anda.

“Sikap mudah berpuas hati akan membuatkan anda mula menjadi malas sedangkan anda perlu berusaha setiap hari untuk mengatasi­nya. Apabila dia sentiasa berusaha dan fokus dalam setiap perlawanan, ia akan meningkatkan tenaga dan kepercayaan untuk terus mendapatkan gol.

“Dia mempunyai kemam­puan dan kemahiran untuk menjaringkan gol dengan kaki kiri dan kanan serta kepala. Pa­ling utama adalah kemampuannya untuk berada pada posisi yang tepat,” kata Ten Hag.

Pemain antarabangsa England itu ketika ini sudah meledak 114 gol sepanjang karier yang berada di kedudukan ke-19 senarai penjaring terbanyak The Red Devils sepanjang zaman.

Sejak kempen Piala Dunia berakhir, Rashford tampil de­ngan aksi yang memukau apabila meledak 13 gol dalam 15 perlawanan dan hanya gagal mencetak nama sebagai penjaring dalam tiga perlawanan.

Dia juga berjaya membantu United meraih 10 kemenangan dengan jaringan yang dilakukan kecuali ketika menyumbang satu gol menentang Arsenal, namun pasukannya tewas pada perlawanan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI