fbpx

EPL: Manchester City gusar situasi Erling Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND dikeluarkan pada babak kedua selepas mengalami kesakitan akibat menerima beberapa terjahan keras ketika menentang Villa awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui terpaksa membayar harga yang mahal selepas pe­nyerang sensasi, Erling Haaland mengalami kecederaan ketika menang 3-1 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Citizens tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata penuh hasil jaringan Rodri, Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez, manakala pasukan pelawat meraih gol menerusi Ollie Watkins.

Kata Guardiola, Haaland terpaksa dikeluarkan selepas tamat babak pertama sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan pasukan masih perlu mengharungi satu lagi perlawanan getir menentang Arsenal pada awal pagi Khamis ini.

“Kita boleh lihat Haaland se­perti tidak selesa pada aksi kali ini ekoran beberapa terjahan yang diterima. Saya telah berbincang dengan pegawai perubatan dan mereka menasihatkan untuk keluarkan Haaland selepas kita berjaya mendahului 3-0.

“Kami akan terus pantau tahap kecergasan Haaland dan harap dia tidak mempunyai masalah untuk diturunkan pada perlawanan seterusnya,” kata pengendali import dari Sepanyol itu.

Mengulas mengenai perlawanan, Guardiola mengakui sangat berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan oleh barisan pemain bagi memastikan pasukan kekal di kedudukan kedua dengan tiga mata dibezakan berbanding pendahulu, Arsenal.

“Ini adalah perlawanan positif buat pasukan kerana pada babak pertama, kita bermain bersungguh-sungguh sehingga mendahului 3-0.

“Situasi berbeza pada separuh masa kedua, tetapi saya tetap puas dengan keputusan kerana kita dapat merapatkan jurang dengan pendahulu, Arsenal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI