PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan terhadap enam negeri pagi ini.
Berdasarkan laporan di laman sesawang MetMalaysia, hujan dijangka di beberapa tempat di sekitar pantai Perak.
Seterusnya, hujan di satu dua tempat bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Cuaca buruk itu juga diramal di beberapa kawasan sekitar Sandakan, Sabah.
Sementara di Sarawak, hujan dijangka landa kawasan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu. -KOSMO! ONLINE.