fbpx

Budak lelaki lemas mandi dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parit yang menjadi lokasi kejadian kanak-kanak lelaki lemas, manakala rakannya tidak sedarkan diri di Jalan Radu, Kota Marudu, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA MARUDU – Seorang kanak-kanak lelaki mati lemas, manakala rakan tidak sedarkan diri selepas mereka mandi di sebuah parit kecil di Jalan Radu di sini, petang tadi.

Mohammad Azam Masrul Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kota Marudu.

Seorang lagi rakan mangsa yang juga kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Marudu, Hasbi Hajat berkata, sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung mengenai kejadian itu pada pukul 4.49 petang.

“Mangsa pertama berjaya diselamatkan oleh orang awam, namun dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Kanak-kanak berkenaan seterusnya dibawa ke hospital oleh orang awam bagi rawatan lanjut.

“Mangsa kedua turut diselamatkan oleh orang awam, tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepad pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 5.45 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI