fbpx

Bapa muda didakwa rogol remaja dalam bilik stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh yang berusia 19 tahun diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -foto: YAFEEQ AHMAD?KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol seorang remaja bawah umur di dalam sebuah bilik stor, bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 19 tahun tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa melakukan amang seksual fizikal mangsa yang berusia 16 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di dalam bilik stor motor lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dalam daerah Melaka Tengah pada 11 Januari 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah merogol mangsa tanpa kerelaan pada masa, lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan RM50,000 dikenakan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Tertuduh yang diwakili Peguam Muhamad Syah Azlan Abdullah merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan perlu menanggung isteri dan seorang anak berusia setahun, selain penanggung tunggal keluarga.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Elesabet kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 beserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.

Beliau kemusian menetapkan tarikh 29 Mac depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI