fbpx

Ashton Kutcher takut dituduh curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHTON KUTCHER

PELAKON Ashton Kutcher mengakui terpaksa berjaga-jaga dengan hubungan rapatnya bersama rakan aktres, Reese Witherspoon ketika mempromosikan filem terbaharu gandingan mereka kerana mahu menjaga hati isterinya.

Ujar Kutcher, dia bimbang jika hubungan akrab antara mereka menerusi filem Your Place or Mine akan menimbulkan spekulasi tidak enak sehingga menggores hati isterinya iaitu pelakon, Mila Kunis.

Ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut, aktor berusia 45 tahun itu memberitahu dia berasa tidak selesa berada di sebelah Witherspoon kerana takut dituduh berlaku curang.

“Saya bimbang sifat ramah akan membuatkan ada yang salah faham dan menuduh saya curang dengan isteri.

“Sebelum hal itu timbul, lebih baik saya berterus terang kami sekadar teman rapat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI