fbpx

Anwar luang sedikit masa bertemu pendaki Malaysia Everest 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan bersama pendaki Malaysia Everest 2023 di bangunan Parlimen, hari ini.

PETALING JAYA – Biarpun sibuk dengan sidang Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan sedikit masa mengadakan pertemuan singkat bersama pendaki Malaysia Everest (ME) 2023 di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar melalui hantaran pada Facebooknya berkata, pada pertemuan singkat itu, beliau juga sempat menyampaikan pesanan agar pendaki negara sentiasa berada dalam keadaan bersedia serta sentiasa menjaga keselamatan ketika mendaki gunung berkenaan kelak.

“Dalam pertemuan singkat itu, saya menitipkan pesanan agar pasukan pendaki yang akan memulakan misi April ini untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dalam apa jua keadaan.

“Saya juga yakin pasukan pendaki kita akan mencapai kejayaan menawan puncak tertinggi dunia sekali gus mengharumkan nama negara,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, ME 2023 mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud bertujuan menawan puncak tertinggi dunia dengan mempromosi perpaduan selain membina kepelbagaian bangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI