fbpx

Amaran ribut petir di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 10 malam ini.

MetMalaysia melalui hantaran di aplikasi Facebooknya memaklumkan, ia melibatkan negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di negeri Kedah melibatkan (Baling dan Kulim), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) , Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Kemaman).

“Di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Menurut kenyataan itu juga, turut menerima amaran itu di Sarawak melibatkan Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya, mengeluarkan amaran sungai tahap bahaya di Johor, Kelantan dan Perak.

“Di Johor melibatkan Sungai Gemas di Kampung Lubok Kepong, Segamat dengan bacaan 19.13 meter (m), di Kelantan menyaksikan Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli (105.07 m) manakala di Perak, Sungai Rala di Keramat Pulai, Kinta, (45.57 m),” kata info berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI