fbpx

[VIDEO] Penyamun dikejar lebih 20km sebelum ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta suspek (kanan) yang terbabas dalam kejadian itu di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang.

KLANG – Cubaan nekad seorang suspek samun meloloskan diri lebih 20 kilometer (km) dengan kereta dipandunya gagal selepas dicekup di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini, semalam.

Lelaki tempatan berusia 31 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Inspira itu dipercayai bukan saja enggan menyerah diri malah turut bertindak melanggar kenderaan orang awam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tembak melibatkan dua kenderaan di Kampung Pendamar, kira-kira pukul 7 petang.

Katanya, siasatan mendapati sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah mengejar suspek yang terlibat kes samun di Subang Jaya.

“Kejadian mengejar suspek itu berlaku dari Banting ke Klang dengan suspek memandu secara berbahaya sehingga melanggar beberapa kenderaan orang awam.

“Setibanya di kawasan Masjid Kampung Pendamar, suspek melanggar kereta digunakan polis secara agresif dan turut nyaris melanggar kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan lelaki tersebut sebelum kereta suspek melanggar bonggol jalan dan kereta orang awam lalu terbabas di tepi jalan.

“Suspek telah bertindak mencuba melarikan diri lagi namun berjaya diberkas di kawasan Jalan Kem bagi tindakan lanjut. Semakan mendapati lelaki itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI