fbpx

UMK perkenal Menu Rahmah di kafeteria kampus Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Razli (berdiri, tengah) bersama pelajar yang membeli juadah Menu Rahmah di kafeteria UMK Kampus Bachok, Bachok hari ini. -Foto oleh TOREK SULONG/KOSMO!

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini menyahut inisiatif kerajaan dengan memperkenalkan Menu Rahmah di kafeteria kampus tersebut mulai hari ini.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, langkah percubaan yang dijalankan di kampus tersebut untuk melihat sambutan pelajar-pelajar terhadap menu tersebut selain menilai kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan oleh pengusaha kafeteria.

Menurutnya, UMK sebagai universiti awam sentiasa bersedia menyahut pelbagai program saranan kerajaan khususnya yang melibatkan kebajikan pelajar dalam usaha mengurangkan kos sara hidup.

“Penyediaan Menu Rahmah iaitu nasi, lauk ayam atau ikan, sayur-sayuran dan air turut mendapat sambutan pelajar yang tinggal di luar kampus untuk membeli makan tengah hari dan malam.

“UMK akan melaksanakan Menu Rahmah di empat kafeteria dalam kampus Jeli selepas ini. Selain itu, kita turut bekerjasama dengan pengusaha restoran sekitar UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa dalam memastikan lebih 11,000 pelajar di tiga kampus menikmati manfaat program itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dan menikmati juadah Menu Rahmah di kafeteria UMK Kampus Bachok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Razli memberitahu, pelaksanaan Menu Rahmah bagi dua kampus UMK di Jeli dan Pengkalan Chepa akan dijalankan serentak apabila Kementerian Pendidikan Tinggi melancarkan pelaksanaan program berkenaan di semua universiti awam di negara ini.

Menurutnya, selain itu, pihak pengurusan UMK juga mengambil langkah mengurangkan kadar sewa premis dalam usaha membantu pengusaha terlibat berupaya menjimatkan kos dan tidak menjual makanan pada kadar yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI