fbpx

Dibunuh kerana jalin hubungan intim dengan kekasih kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran

SEPANG – Menjalin hubungan intim dengan kekasih kawan sendiri dipercayai menjadi punca kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di sebuah tasik di Cyberjaya, malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, susulan kejadian itu, tiga lelaki warganegara India ditahan semalam dan awal pagi tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, tiga suspek yang ditahan masing-masing berusia antara 23, 41 dan 52 tahun.

Beliau berkata, dua suspek ditahan pukul 8 malam semalam di hadapan rumah Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kampung Sri Aman Puchong manakala, seorang lagi suspek ditahan awal pagi tadi di Taman Puchong Prima.

“Kami berjaya merampas tiga unit telefon pintar daripada dua suspek bagi tangkapan pertama. Selain itu, sebilah parang, sehelai seluar jenama Elmer warna hijau dengan kesan darah dan sehelai baju lengan panjang dirampas daripada suspek ketiga.

“Parang berkenaan ditemui di sebuah kandang lembu di bawah Jambatan Lebuhraya Lingkaran Putrajaya-Cyberjaya oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, soal siasat terhadap suspek mendapati, suspek berusia 23 tahun mengaku terlibat membunuh si mati manakala, dua lagi suspek tidak mengaku bersalah.

Jelasnya lagi, ketiga-tiga suspek bekerja sebagai di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong manakala, salah seorang suspek pernah membantu simati membersihkan kandang lembu.

Wan Kamarul Azran berkata, kesemua suspek direman bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Menurutnya, proses bedah siasat mayat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Serdang, pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah tasik di belakang Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya dengan lima kesan tetak di bahagian kepada dan tangan.

Mangsa ditemui tidak jauh daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang turut terjunam ke dalam tasik sama.

Siasatan awal mendapati, mangsa adalah warga tempatan berusia 43 tahun dan berasal dari Puchong, Selangor.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI